Thursday, 1 March 2012

eGoNyA soRaNG lElAki


7 sebab lelaki ego??


Oh lelaki? Banyak betol persoalan dari perempuan kenapa lelaki ego? ego tinggi? Apa punca lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi nie? Semua lelaki ke ego? perempuan tak ego!

Semua orang tak kira lelaki atau perempuan dilahirkan mempunyai ego. Cuma yang membezakannya adalah samada ego seseorang itu tinggi atau rendah, banyak atau sikit. Tipu lah kalau kata seseorang itu tak ada ego langsung kan?? cuma semua depends kepada seseorang itu mengekspresikan ego masing-masing

Sebagai perempuan, kita selalu mencari punca dan sebab kenapa lelaki ni ego diorang sangat tinggi. Langsung tak nak mengalah. Asyik-asyik perempuan jer yang dok makan hati berulamkan jantung. Tapi lelaki? Nama nak mengalah memang jangan mimpilah. Eh ini bukan merujuk kepada semua lelaki ya, segelintir lelaki yang punyai sifat ego jer. YOU know which side you are guys! HAHAHA

6 pendapat aku tentang lelaki ego. Pendapat aku tau. Kalau ada yang terkena makan cili lah maknanya :)


1. Jatuh Maruah

Owh man! Ini mengikut pengalaman yang aku lalui. Lelaki nie ber ego tinggi sebab diorang takut maruah diorang jatuh. Rasa tercabar bila mereka mengalah dengan perempuan. Diorang rasakan yang lelaki tak boleh kalah dengan perempuan! Mana nak letak maruah kalau kalah dengan perempuan??. Contoh : Kalau gadoh, jangan harap lah dia nak pujok pasangan dia. 

2. Bajet Hot

Muka dah hensem, rupa paras boleh jual, jambu pulak tuh macam mana hati perempuan tak cair? Sekali pandang nak pandang banyak kali. Orang Hot la katakan mana-mana perempuan pon boleh dapat. Satu pergi ramai lagi yang menanti. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup. Fuhhhh

3. Kaya

Ha ini satu spesis lagi. Mentang mentang kau kaya, banyak duet, duet berkepok maka kepala kau pon besar lah sebesar duet kau? owh damn! Kau ada duet kau beli apa sahaja, mungkin dengan duet kau boleh beli hati orang jugak. Tak mustahil kan? Kau fikir kau banyak duet maka pengaruh kau besar, apa yang kau nak pasti kau akan dapat. 

4. Lelaki sebagai ketua

Lelaki dilahirkan sebagai ketua. Ketua keluarga dan pemimpin. Sifat ketua atau pemimpin itu menjadikan sesorang lelaki punyai ego yang tinggi. Dia berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah. Segala keputusan terletak ditangan dia samada betol atau tidak, adil atau sebaliknya dia lah yang bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. 

5. Sifat Kelakian



Lelaki dijadikan Allah SWT dengan sifat kelakian yang kasar dan keras untuk membimbing dan menjaga wanita. Mungkin kerana dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakian nya ke atas perempuan yang ternyata lemah. Cara pendekatan dia sebagai seorang lelaki mungkin salah untuk mendekati atau menegur seseorang wanita.


6. Tak terima pandangan orang lain

Ada jugak lelaki jenis begini. Serious aku pernah jumpa lelaki spesis macam nie. Apa yang dia kata semua orang kena ikot, apa dia nak semua orang kena bagi. Dialah pembuat keputusan, dialah sebagai petindak dan dia jugak sebagai kepala. Serba serbi dia sorang yang betol. Pandangan orang lain di anggap macam sampah. Tak selayak pendapat dia. Cis kek!


7. Nak Menang

Ha ini satu lagi spesis. Lelaki macam nie jenis tak boleh kalah dalam apa juga perkara. Dalam mind set dia nak menang! nak menang! tak boleh kalah! tak boleh kalah! Sebab tuh kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan or lelaki dan lelaki sekalipon kalau ada lelaki spesis macam nie memang terang jelas dan nyata sifat ego tak nak kalah dia kelihatan.





No comments:

Post a Comment