Monday 30 January 2012

ANAK...!!!


Bila terpandang aja pic ni, terasa bahagia kan bila ada ank??? bila lg kami nak ada mcm ni... awal tahun ni aja, dh ramai yg mengandung. n terbaru kwn lama pregnant kembar. jeleznya hati ini... bila lg kami??????

Sunday 29 January 2012

sakit gg.....

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut.

Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa
yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakindalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang.

Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.
Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.

Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat.

Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.









jumpa kembali

Salam semua n selamat berjumpa kembali. dah lama rasanya x berblog. rindu lak kat korang semua.. dh 10 ari aku xmenulis n berFB.. sungguh lama aku cuti kali ni. terasa malas sgt2 nak masuk opis. memandangkan next week cuti lg.. so xcited la kit. hahhaha.. keja malas.. cuti nak aja...
 
cmana cuti korng kali ni?



 cuti aku biasa2 aja.. psl balik kg.. amat2 bz bila kat umah ada wat kenduri kesyukuran. umah aku dh la mcm umah dewan org ramai. ptg2 aja penuh org bersidang.. bercerita itu ini. biasala kalu dh berkumpul.. ada aja mcm2 benda nak citer tp best gak. psl leh jupa ramai sedara mara...

Paling memenatkan bila bertolak ke perlis dalam keadaan jammed.bayangkan perjalanan yg sepatutnya 8jam dgn bus terpaksa jd 13jam. mcm nak nangis aja dlm bas. lambat n lapar. 11 pg dr kl n 1.30mlm di perlis. tensen.. pasni nak balik ngn keretapi lak... heheheh...




 
 

Paling best kat kampung aku dpt mkn durian, cucur cempedak sepuas2nya n xda sapa nak bising bau busuk. terasa kepuasaan sgt2...




Lastly, terasa malas nk balik kl. coz rasa sonok aja duk kg.. aman makmur... hehhehe






p/s: semua pic dpt dpr pakcik google aja...

Thursday 19 January 2012

cuti CNY





Kejap aja masa berlalu, dh pun jumaat. arini , last day sebelum cuti panjang. n jupa kembali 30/1/2012. Pagi esok aku akan bertolak balik ke utara semenanjung. rindunya kampung halaman. last aku balik kg raya haji thn lepas. tp terasa sedih jugk bila en suami xdapat ikut kali ni. terpaksa tinggal dia sorg2 kt kl. 

paling sedih jugak pasal terpaksa stop berFB selama 10hari, pasal kat kg xda tenet pas2, aku pun xbwk laptop. Aku nk cuti sepuas2nya n nak mkn mcm2 kt kg. dalam pala dh set mcm2. kembali aja kau kt kl mesti bulat mcm belon. Rindu pd masakan emak, Rindu pd atok n nenek.. semuanya ada dalam pala.. Nasib cuti aku tahun ni diluluskan sampai 1 week.

kepada mak jemaah DR GROUP WOW GORGEOS!, sory la eden xdpt nk berdiary n berfb 1 week, harap di maafkan. heeheh.. 1 lg nanti kontes yg semperna anibersery mak jemaah tu, maafla eden xdpt join. psl kt kg. sedih ati eden nie.. xleh nk join. hahahha. tp apakan daya. eden tetap syg korang. dh la semua peraduan utk ank2 aku xleh join, psl aku xda ank. utk mak budk pun aku xleh gak. adui... malang sungguh aku. hahhaha

ok semua. nak siapkan keja sebelum cuti panjang. jupa lg next week. bye..







Wednesday 18 January 2012

penantian suatu penyiksaan






Agaknya bila masa utk kita macam ni papa, red amar......... Mama dah letih menunggu, tipu kalu mama kata mama xjelez.. tp hanya ALLAH SWT yg taw hati n perasaan mama.... !!!!!!!!!!

fever + flu..

Demam lagi. rasanya xsampai sebulan aku demam,  ni demam lg. siap ngan selesema + sakit tekak + batuk.. air mineral 1.5l aku dh habiskan xsampai 30 minit. punya haus.. now duk berulang toilet lak. adui...
Nak ckp aku ngandung mcm mustahil lak.. psl bulan lepas dh period. Tp napa aku asyik demam ni.. Cmana aku nak balik kg??? takut sakit badan2 aja nanti. Aku kalu demam, bab ni yg paling lemah.. sakit sendi.

Tuesday 17 January 2012

SEDIH AJE ATI INI...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu dan jika benar engkau kasih & cintakan wanita itu : Bawalah dia ke jalan Allah..Nasihatilah dia..perbetulkan kesilapannya..Jaga lah dia dengan baik..Kasihani lah dia..Lindungi lah dia..Berikn kasih syg padanya..Hargailah dia..Ucapkan terima kasih atas kelebihannya..Bersabar dengannya..Terimalah dan cintailah kekurangannya..Jadi IMAM terbaik & redha padaNya..:) ♥







Monday 16 January 2012

ISNIN KEMBALI LG...

Salam semua... jupa lg kita di arini... Alhamdullillah semua masih bernyawa dibumi ALLAH SWT ini, dah 2 ari aku xupdate blog n FB.. Pasal beruk dirumah masih lg belum dibayar... agak2 bila MR RED nak bayarkan???

Sepanjang cuti minggu ni duk umah ajerla, bila MR RED, kena g shooting luar kl. bosan tp nasibla ari ahad group dr SUPERMAKK dtg reunion kt umah. thank pd FIENAS N family, UMMU NAJAH n family, IBU QAIDn family, ARORA n family n single mingle dtg ZIELA MOHAMAD.. tq snggup dtg umah tp bersalah gak psl xjamu mkn2 kt korng. Syok sgt2 dpt jupa korng. riun umah aku. kalu x sunyi aja psl aku sorg2. pasni 11/2 nak reunion ngn geng WOW lak. mesti kecoh jln TAR ngan kita semua..xsabarnya...

Arini, pas lunch masuk opis. td pg g JLN TUN RAZAK, settle keja luar pas2 ajak MR RED mkn gulai kawah dekat PANTAI DALAM. mables.. siap tapau utk dinner lg..





 Arini best gak psl dtg opis sendiri. leh merempit lg n xpyah nk tunggu MR RED dtg jemput. lambat manjang kalu dia ambik.. Aku pun bebas nak g mana2.. senang n cepat. Aku dh dpt motor sendiri.. EX5 DREAM WWF8516....

Thursday 12 January 2012

JUMAAT SUDAH.......

Kejap aja masa berlalu, dah pun jumaat, yahoo syoknya.. esok cuti... tp xleh g mana2 pasal MR RED ada shooting. duk umah ajerla sorg2. @arini xda benda nak kongsi ngan korng semua psl arini ada byk keja nak kena settle. 'n' yang paling aku tension bila terpaksa handle 2 opis dlm 1 masa. penat beb.. dh mcm wau aku ke sana ke mari.. leh kurus nampaknya. org lain yg bersalin aku yg kurus.. si pei pei dh bersalin. syoknya dia... huhuhu, muda2 dh ada ank.. aku ni bila lagi??? asyik org lain aja bersalin. Aku dh xmengharap sgt lg.. aku REDHA aja. Kalu ada rezeki dr DIA aku tima aja... Semalam balik keja , ada sorg nenek kat kawasan umah aku tegur n offer, dia nk tlg ngurut aku.. 3x urutan + air rm150. InsyaALLAH pas CNY ni sy cuba..
Stop bab ank jap..

Arini, aku bgn awal... mood nak masak psl mlm td xda masak apa2. bersalah gak MR RED psl xmkn nasi seharian semalam. so pg ni aku mask nasi + udang sweet sour + telur dadar.. mood punya ajin pg2 duk ketuk ketang kat dapur.. Arini bwk bekal kami ke opis.. jimat belanja.

Arini jugak HONDA aku dh bole ambik. xsabar rasanya pasni nk merempit. rindu nak merempit. sejak duk kl, lesen aku xpenah guna. hanya renew aja tiap2 tahun. pasni aku dh boleh bergerak bebas tanpa MR RED  lg. syoknya.. xsabar lak nak g amik.

p/s: nanti aku letak pic ok..

Wednesday 11 January 2012

ENGLISH DAY...

Sejak join WOW GORGEOS, mcm2 ada.. dapat ramai kwn, boleh bertukar pendapat n ari khamis lak..english day.. semua org mula berckp english. ter masuk aku. walaupun grammar ntah ke mana.. tp aku tetap gak nak mencuba. hehhehe... sonok jugak bila masing2 cuba berspeaking.. walaupun dlm tu ada yang advance dlm bi n ada jugak yg mcm aku... hehehhe... tp sekurang2 masing2 ingin mencuba... hehheheh..

A true friend is not like the rain which pours and goes away. A true friend is like the air sometimes silent but always around you. 



Tuesday 10 January 2012

sakit ati..

terasa geram sgt2 bila apa yang di rancang ada aja yang menghalang. dah kwn2 dr jauh dtg.. tp terpaksa wat sorg2. nak cancel macam terlambat aja.. memang bole sabar tp dalam ati. xkan kita nak menipu..

lewat

mood: arini terbangun lewat n lewat ke opis.. giler punya tidor sampai xsedar..xtaw nak salahkan jam atau diri sendiri. kalu setakat lewat 10 minit xpa.. ni lewat 1 jam.. adui pasni jgn wat dah kila.
. huhuhu

Monday 9 January 2012

TERPAKSA MENULIS........

10/1/2012 ( selasa)

salam semua... sebenarnya aku amat2 ngantuk pasal pg td kul 6.30am dh terpaksa bergerak ke petaling jaya... terpaksa tinjau budk2 wat kerja..  now aku dh ada kat umah... rasa malas sgt2 nak masuk opis arini.. so time tido aku byk kit kat umah arini. 
 
sebenarnya aku nak citer kt korng semua, aku pemalas sgt2 nak tulis blog. kadang2 benda yg dh jd seminggu yg lepas baru aku nk citer. kumpul byk2. hehhehe..

sejak aku join 1 group kat FB (WOW Gorgeos! Wanita Oh Wanita Gorjes), aku makin galak berblog. Admin ni di ketuai oleh JULA, ntah apa mimpi dia. tiba2 dia wat contest sapa yg rajin berblog n rajin menulis  akan di beri markah n siapa pemenangnya akan mendapat RM50. WOW, sapa xnak... duit tu..!! kalu menang, mcm2 bole beli... hehhehe... tp xsemestinya aku yg menang. aku bukannya rajin sgt nak menulis... pas2 saingan pun byk gak.... ada UMMI, JULA, MAMA , NAM, WARDA.. semua geng2 juara bertahan... tp yang pastinya aku enjoy ngan korang... walaupun kita semua xpernah berjupa tp kita dah macam 1 family n dh kenal lama....

Ini aja yang mampu aku taip, pasal aku tgk kat keyboard semua huruf dh jd byk. nampak sgt aku ngantuk... huwargh..... kena tido dulu... pasal jap lg aku kena masak utk en RED AMAR  gulai ikan kering + nanas.. so apa2pun aku tidor dulu..... ZZZzzzzZZzz..................

Sunday 8 January 2012

new hot...

9/1/2012

Arini kecoh aja org duk bercerita kes ANWAR IBRAHIM.. syukur alhamdullillah kes dh settle n dia dh bebas... aku ni xla 100% suka politik.. tp kdng2 bila pikir balik kesian gak kt dia. cuba kita bg dia idup aman damai mcm kita.. dia pun org gak.. hamba ALLAH SWT jugk.. aku simpati ngn nasib dia.. tp mujurlah ada isteri yg setia d sisi dia.. ALLAH SWT lebih mengetahui... so apa2 kita diam sudah



sekeping gambar meraikan kemenangan.
kena beringat .. cukup kes dato seri nizar memberi peringatan kepada kita..
kebenaran tetap berpihak..
tetapi..berjaga2 dan bersedia tu lebih penting..

Monday 2 January 2012

pulut sambal...

Tiba2 tekak terasa tingin sgt2 nak mkn pulut sambal.. kalau kat kampung sungguh mudah nk beli pulut sambal tp sejak 3 tahun menetap di kolompo terasa amat2 susah utk mkn pulut sambal...


  pulut sambal...

Pagi tahun baru, aku tekad utk buat pulut sambal version kila shafila.... hehehhee..
korang jgn jelez....
jadi x?????

HOLIDAY 2011

24/12/2011

KL- LUMUT-PANGKOR....

selamat datang ke pangkor islands

menunggu feri ke pangkor islands

percutian ujung tahun... 1 mlm di CORAL BAY RESORT PANGKOR.

  
coral bay resort pangkor...


Jalan2 di pangkor island...






bersantai bersama family....



25/12/2011
Bertolak ke CAMERON HIGHLANDS...

 ~ Malang xberbau bila sinchan jatuh menyembah bumi....

SINCHAN SY XCIDENT

MR RED demam panas.....

26/12/2011
Berjalan2 ke Ladang Teh BOH tanpa sinchan d sisi... Mood bercuti sudah hilang..





SELAMAT TAHUN BARU....

31 DEC 2011

Sedih coz terpaksa berkurung di dalam rumah bila sinchan masih lg sakit... melihat percikan bunga api di sebalik tirai2 besi di rumah... huhuhu

1 jan 2012
Bermula la kisah baru pd tahun 2012... bgn pg2 n bersiap2 ke CAMERON utk mengambil sinchan bwk balik ke KL.... dah lama rasanya xnaik public transport... dr umah terpaksa berjalan kaki ke bus station n amik teksi ke kepong sentral ..pas2 amik bus ke kotaraya n berjalan kaki ke puduraya.. amat meletihkan... pastu amik bus ke cameron highlands... sampai di sana jam 5 ptg n ambil kereta trus balik ke KL... agak memenatkan n smpai rumah jam 12 mlm... 

2 jan 2012

Bangun pg2 n siap memasak.... pas2 kluaq g baiki sinchan lg... aduii... napa kau wt kami mcm ni sinchan...
xpasal2 dh melayang RM2K..... NOW tinggal nak tukar bumper depan + belakang lak... 

3 jan 2012

Azam tahun ni, kena settlekan semua utang pemiutang... adui.... moga2 sinchan xkan wat perangai lg...