Monday 23 April 2012

mood: ingin bercuti...


kejap aja masa berlalu...
tik - tok - tik - tok
dah sampai penghujung april...
dah lama rasanya aku xbercuti... 
dr jan- april
bila agaknya dapat bercuti....
tinggin rasanya aku nak pergi ke tempat2 mcm ni....

  mandi -manda di air terjun... sejuk aja rasanya...

 mandi pantai......

beristirehat di pulau-pulau.. 

&

last sekali ke tempat2 yang sejuk dan nyaman....


janji dapat menjauhkan diri dari udara yg kotor...

dalam ertikata lain..aku ingin BERCUTI...............


Wednesday 18 April 2012

long time not see......


dan selamat ptg........

dah lama rasanya xberblog.
rasa rindu pulak..
terlalu banyak tugasan yang perlu aku selesaikan
dan lg menambah bila terpaksa lakukan kerja lain....
bukan senang rupanya nak rebut tender, dapatkan sebutharga dengan org kerajaan. baru kini aku taw..
dulu sewaktu bekerja dengan JKR aku tengok org senang2 aja dtg rebut tender.. pukul 7pg dh beratur panjang org menunggu sedangkan kaunter pukul 9 baru nak buka..
tp arini aku terpaksa join benda ni terasa seperti mencabar jugak..
tapi walau apa terjadi.. alhamdullillah berjaya


mood aku utk minggu ni..... 


p/s: orang tua2 selalu berpesan jangan terlalu meroyan..... enjoy sokmo....

Thursday 12 April 2012

masak-masak part 8


semalam cuti public holiday
bosan sangat2 aku dirumah...
apa lg time mengodek dapur ler...
dan inilah hasilnya...
dah lama rasanya aku ngidam nk makan benda ni  (tp bkn aku pregnant k)


daging rebus cicah air asam kerisik

cara-caranya: 
*rebus daging hingga empuk + letak garam +gula secubit rasa
*potong cili merah 1 biji + cili api 4biji ( nk pedas tambah lg cili api)
*potong bawang besar 1 biji nipis2
*potong tomato 1biji nipis2
*belacan sebesar ibu jari
*air asam jawa (agak2 ajerla) jgn byk sgt nanti cair
*garam secubit
pas2 ramas2la... kalu nk blender pun ok .... tp kalu nk blender just masukkan cili n belacan aja.. ok
pas2 potong daging nipis2 n masukkan kerisik itu kalu nk ler.. & lastly mkn..


p/s: simple aja.. psl kila jenis main masak campak2 aja

Tuesday 10 April 2012

mood: happy

sebab apa happy???
sebab esok cuti...
leh tido puas-puas ....
xpayah nak pikir baju apa nk dipakai esok....
xpayah gosok baju...
mcm ler cuti sampai ahad............
apa-apa pun mood :holiday........


Monday 9 April 2012




PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.


Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).


“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.








tepat jangkaan aku bila AARON AZIZ dapat Anugerah Bintang Paling Popular.



p/s: napa yang si ZEK ZAIDI nyibuk sgt. dah la xbertanding pas2 sibuk mengata.. sekurang2nya Aaron Aziz dah membantu menambahkan pendapatan ekonomi negara kita

Sunday 8 April 2012

mood: utk arini.......





Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Korus:
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Band: Nirwana Band
Tajuk Lagu: Sudah Cukup Sudah



Thursday 5 April 2012



hoyeeeh..!!!! hari ini sudah jumaat... sangat-sangat seronok pasal balik jap lg bole g p.malam dekat d.damai...
my pebret food is "PULUT KUNING".

pic yg dpt dr mr goggle

&

esoknya & ahad bole terlentang buat kuak kupu-kupu dekat rumah...
selain itu hari jumaat adalah penghulu segala hari, dimana semua kaum lelaki yang beragama islam akan menunaikan sembahyang jumaat di masjid.
dan paling best jugak bila aku dapat ironkan baju melayu untuk si MR RED nak ke tempat kerja...



p/s : pic lama.... 

lambatnya masa bergerak petang ni.. dah xsabar rasanya nak balik rumah....



Wednesday 4 April 2012

dating time...

selamat pagi...

 kejap aja masa berlalu dah pun hari khamis.. esok jumaat pas2 cuti....
tp arini nak bercerita pasal movie
semalam aku ngan MR RED g tgk wayang..
citer JANGAN PANDANG-PANDANG....
walau citer ni dah lama keluar dekat panggung tapi baru semalam kami berkesempatan nak tgk..
itupun sebab hari rabu, tiket murah. 
korang dah tgk ke???
tp okla citer dia bagi aku...
sebab lawak.. n wat aku gelak xingat..
aku suka kalu citer yg bg aku gelak2 aja...





jom tgk sinopsis dia:

Empat pelajar kolej iaitu Ajis (Zizan Razak), Ben (Nas-t), Yaya (Sara Ali) dan Diana (Anith Aqilah)ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima, Marsha (Miera Liyana), seorang gadis gothik yang penuh misteri.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Ang Bob (Azhar Sulaiman). Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.

Abang Bob tiba-tiba menghilangkan diri, manakala bot pula tiada minyak. Ketika mencari bantuan, mereka sesat di hutan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Akhirnya mereka terpaksa bermalam dan berdepan dengan pelbagai gangguan.


ni lah trailernya..:




p/s: terjumpa dengan salah sorang pelakonnya. mira liyana...giler seksi nak mampus...ngan sorang laki...



Monday 2 April 2012

masak-masak part 7

selamat tengahari

korang semua dah lunch ke??? arini aku bawak bekal jer dtg opis.. nasi putih + sambal telur
xpercaya... tgk ni... 

simple aja kan makanan tengahari aku...
tp arini dapat jimat duit belanja..

semalam mood aku rajin terlebih.. so kalu korang terperasan dalam nasi tu ada 2 gulung popia...
hehhehhe...
semalam mood rajin so aku wat popia gulung berintikan sosej...
sedap bila di makan panas-panas...
walaupun simple tapi aku suka...

macam nilah bentuknya... tp ini belum siap digoreng lagi...