Thursday 29 March 2012

pg yg suram........


sejuknya pagi ni.. dengan hujan renyai-renyai diluar sana
terasa nak tidur aja,... & terasa amat malas untuk bekerja..
kalu kat rumah sah-sah aku masih berpusing-pusing malas di katil


masak-masak part 6

assalamualaikum...

mood: malas masak mlm td..
layan . MURTABAK MEGGI
Sedap....!!!!



p/s: sory serabut sikit, pasal makan jamu mulut sendiri. 

Tuesday 27 March 2012

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI.......

~coretanku untuk semua~

pieces....
comey x kita hari ni..

Monday 26 March 2012

masak-masak part 5

Assalamualaikum & selamat pagi

aduii... dah lama rasa xberblog.. coz masa mencemburui kita...
ada aja keja walaupun hari cuti...
semalam kat opis, masa amat2 banyak tp mata lak xbole nk terangkat..asyik nak lelap aja...
xtaw kenapa????
after lunch time, aku dh mula kodek2 goggle tgk makanan... supaya mata xngantuk.. 
last2 terjumpa gambar mee kuah..
tingin lak rasanya nak makan...
so apa lagi balik umah terus aku selongkar apa yang ada dalam peti & masak...
dan inilah hasilnya...


sampai 2pinggan aku makan semalam.. & lebihnya hari ini aku bawak g opis... 

selamat menjamu selera..

Thursday 22 March 2012

sweet memories


aku rindu dia...
amat-amat rindu dia...
dah tertahan hati ini sebab aku rindu dia
tp dia xpaham kenapa aku rindukan dia...
aku xboleh hidup tanpa dia... 
aku sayang sangat-sangat kat dia
love u so much MR RED

MR RED 


lagu ni utk dia.........


lagu dia untukku...........




p/s: bila ada saja masalah terjadi, semua lagu ni mengingatkan ku pd dia...

hati wanita, lelaki tidak tahu..........



Wednesday 21 March 2012

takut

seluruh kaki tangan aku mengigil dari malam td lg..
aku sendiri xtaw apa yang aku perlu wat..
dan aku xtaw apa nasib aku seterusnya.. 
ya ALLAH SWT kau bantulah hambamu ini...
seorg insan yang terlalu lemah utk berfikir n hidup...

aku dah xkuat lagi nak hadapi semua ini...

Tuesday 20 March 2012

lunch time

arini lunch time aku xpayah nak keluarkan duit beli makanan
pasal geng opismate blaja KFC... tq so much.. 
baik jugak korang ni semua (duit jual kertas terpakai)...
memang patut korang kena blanja...
now.. kenyang sudah... 3 ketul ayam aku bantal sorang2... 
dah jadi malam ular malas dah... ngantuk.. ZzzZZzz......


jom main masak-masak part 4

selamat malam....
dah ada yang tidor ke??? aku masih lagi menunggu MR RED balik...
arini mood rajin dtg lagi... balik kerja terus siapkan makan malam.. semalam MR RED request nak makan begedil.. so dengan rajinnya arini aku siap2kan begedil untuk MR RED tp disebabkan ayam keras dalam fridge so hanya sempat gunakan daging burger RAMLY aja hehehe...
sedap jugak rupanya bila pakai daging burger ni... xcaya korang tgk...

begedil daging burger

resepi:
2biji ubi kentang (rebus n lenyek)
daging burger ramly 3keping
garam secubit rasa
lada sulah (ikut kepedasan)
tepung jagung 2 sudu besar
daun bawang 
telur 1 biji

 cara memasak:
lenyekkan kentang yang direbus td bersama dengan daging
masukkan garam, lada 7daun bawang
gaulkan bersama tepung jagung
wat bentuk mengikut kesukaan korang
celupkan kedalam telur n goreng

siap sudah bergedil, tp mood rajin masih lagi ada..
so aku cuba lak wat apom pisang..



apom pisang

resepi:
2 cawan tepung gandum
1cawan gula kastor
3biji telur
5biji pisang (lenyek2kan)
1/2 cawan minyak masak
1sudu kecil soda bikarbonat, esen vanilla, ovallet dan secubit garam

cara memasak:
pukul telur + gula hingga kembang
masukkan tepung,soda,ovallet n garam n esen
pastu masukkan tepung n minyak n pisang -kacau hingga sebati
masukkan dalam acuan n kukus selama 10-15minit


p/s: selamat mencuba....

Monday 19 March 2012

membaca jambatan ilmu -PART 1

SALAM SEMUA

yaka, membaca jambatan ilmu????
arini aku nak berkongsi minat aku dengan korang semua
aku suka baca novel.. tiap2 bulan aku wajib membeli.. paling sikit 2buah 1bulan & paling banyak xlebih dr 5buah
korang lak cmana?????
ada yang cakap membazir tp bagi aku kalu  dah minat xsalahkan kalu kita membazir kearah kebaikan
tambahkan pengetahuan.

3 hari lepas aku baru selesaikan membaca "SUAMI YANG KUBENCI"

SINOPSIS:
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu ..... SILALAH BELI UTK TAHU SELANJUTNYA...

Semalam aku start membaca novel terbaru lak "KAMPUNG GIRL"

SINOPSIS:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
 ....
PASTIKAN BELI DIPASARAN UTK SELANJUTNYA..

JUMPA LAGI DI PART 2

Sunday 18 March 2012

final destination

assalamualaikum & selamat pagi

cuti minggu yang lepas, aktiviti aku n MR RED layan movie FINAL DESTINATION.
sejak HBO tayang kt tv terus aku mintak MR RED download aja dari part 1- part 5..
korang semua dah layan ke??? ke ada yang xberani layan. hehhehe
aku pun berani-berani takut... sebelah tangan pegang bantal, hehehe.. xtakut tp gerun.
selepas aja selesai tgk movie , mula berimaginasi macam-macam.
sampai boleh terbawak-terbawak dalam mimpi. adui..
ni yang malas nak tgk citer2 mengerunkan ni...

tp memang aku suka citer-citer macam ni... tp bg aku part 3 & 4 paling menggerunkan.
kalu xpercaya, cuba korang tonton..

 part 1

 part 2

 part 3

 part 4

part 5

apa kata korang lak menonton pasni.. hehehhe
selamat menonton..!!!!

Saturday 17 March 2012

menu lunch17/3

assalamualaikum & selamat malam

semperna dengan anniversary kami yang ke 3, arini aku plan nak masak pebret MR RED 
nasi daging +ayam merah +dalca daging & jelatah 
alhamdullillah semua barang-barang sudah siap dibeli dan disediakan.. bermulalah aku berkontang-konting didapur menyiapkan menu lunch utk hari ini.
akhirnya menjadi jugak masakan aku walau MR RED sibuk dengan kerja. 


Friday 16 March 2012

apam senyum - part 3

semalam dekat group, semua pakat kecoh nak wat apom...
aku pun berkobar-kobar jugak nak wat apom... last2 aku pilih utk wat apom senyum...
sebab simple & barang-barang pun xbyk nk kena beli
jom masak bersama kila....

 sebelum di kukus

 selepas di kukus

simple kan...

selesai sudah, tp sayangnya apom ni tarak senyum pasal aku memandai ubah dari resepi asal.... tp yang pastinya lembut n sedap....

resepi apom senyum:
2 biji telur
11/2 cawan gula
1sudu besar ovallet
1 cawan air soda
3 cawan tepung
2 titik esen vanilla (utk wangi xletak pun xpa)
pewarna ikut suka

cara-cara membuatnya: 
-pukul telur, gula & ovallet hingga kembang
-masukkan air soda & esen vanilla
-masukkan tepung sikit demi sikit n kacau rata
-masukkan dalam acuan n kukus selama 10minit











Wednesday 14 March 2012

segmen: " segmen jom jawab soalan Lina & Anis"

assalamualaikum & selamat pagi

baru pagi ni berkesempatan nak join "segmen jom jawab bersama Lina & Anis".
TQ pada jula yg rajinkan diri menTAGkan kila.



Syarat-syarat segmen: 
1. tempekkan banner diatas &linkkan terus ke entry ini
2. buat entry bertajuk "segmen jom jawab bersama lina &anis
3. follow blog lina & anis
4. follow misz wani sponsor doodle*wajib*
5.jawap kesemua /5 soalan *wajib*
6. tag 1 atau 2 rakan blogger *wajib* lebih lagi bagus


 hadiah:
- topup rm3
- 1 bracelet
-1 small brooch- butterfly
-1 keychain handphone
-1 doodle misz wani


peserta bertuah:
-1 doodle misz wani


soalan-soalannya:
1. siapakah manusia pertama yang mencipta telefon?
j : Alaxender Graham Bell


2. Perdana Menteri yang manakah menjadi idola Lina?
j. Tun Dr Mahathir (maybe idola kita sama)


3. Lengkapkan ayat ini --> S_Y_ _U_A M_K_ _ C_KL_ _.
j: saya suka makan coklat


4. Beri maksud bagi simpulan bahasa ini "Gaji Buta"
j: orang yang memperoleh gaji tanpa melakukan sebarang kerja dalam jawatannya. tiap bulan cucuk duit tp kerja xpayah wat


5. Siapa yang pernah cakap "Melayu Mudah Lupa"
j. Tun Dr Mahathir


now kila tag:
sueshe
nyue

perhatian:
hantar LINK ENTRY di kotak komen
tarikh tutup 28 march 2012, 3 petang (akan diubah bila-bila masa)
penyertaan kurang daripada 7 secara automatik segmen akan terbatal
jangan tiru jawapan peserta lain. jujur ok


 ok. the end..


p/s: selamat maju jaya








Tuesday 13 March 2012

happy anniversary ke 3...

assalamualaikum & selamat pagi

arini mood happy sgt2.. pasal arini 14 mac 2012 genaplah 3tahun aku menjadi isteri kepada MR RED
alhamdullillah & bersyukur sangat-sangat dan mengharapkan semoga hubungan kami akan kekal sepanjang hayat..
aku jugak mendoakan semoga tahun ni memberi seribu makna kepada kami berdua dengan hadirnya insan ketiga (anak).
mama sayangkan papa selama-lamanya...

 ma sayangkan papa.......... 

moga hubungan ini kekal untuk selama-lamanya...








segmen: Blog Reviewing by Haruno Hana

assalamualaikum.. & selamat petang..!!!

baru berkesempatan untuk join segmen: Blog Reviewing by Haruno Hana
tq jugak pada sueshe pasal sudi mengTAGkan kila ...


dari semalam lagi sueshe ajak kila join tp disebabkan kila cuti panjang minggu lepas, so semalam memang hari yang paling bz tahap gaban.. sampaikan sakit kepala, flue, batuk menyerang pun kila abaikan...

so sapa-sapa yang berminat nak join senang aja..:
1. kena follow haruno hana
2. buat 1 entry ringkas tentang segmen ni
3. paling penting letak banner kat entry
4. pas2 taglah kawan-kawan yang rajin mcm korang jugak join contest
5. jangan lupa tinggalkan link korang dekat comment box entry ni supaya senang Haruno Hana nk check


kawan-kawan yang saya nak tag ni memang jenis kaki join contest jugak...
xpercaya tgklah nanti.. hehehhe

2. lyea 
3. nyue

ok... selesai....!!!!


Sunday 11 March 2012

malang tidak berbau

5/3/2012 (isnin) jam 12.30pm

tengah sedap-sedap bermimpi tiba2 dpt pangilan dari kampung yang bapa sedara ngan ank2 & isteri terlibat dalam kemalangan. paling terkejut bila adik bagi tahu yang along patah cabang peha & adik boboy patah tulang bahu. sebaknya rasa... apalah agaknya nasib mereka..
bangun aja pagi keesokkan harinya terus aku mohon cuti kecemasan 1 weeks sebab nak balik jaga diorang. nasib aku agak baik bila boss terus bagi green light.
dari umah terus ke hentian duta dan amik tiket ke PERLIS jam 2.00pm. tepat jam 8.00pm aku dh selamat sampai PERLIS.
Nasib agak baik, bila adik boboy x admit hospital. hanya along aja.. dan ALHAMDULLILLAH jugak sebab papa diorang xjadi apa2. kalu tidak xdapat aku nak bayangkan. hanya admit hospital along & mamanya aja. Along patah cabang peha n mamanya patah tulang punggung n rusuk. Along terpaksa operate untuk memasukkan besi kedalam peha menggantikan tulang yang patah & mamanya masih lagi terlantar pasal xdapat nak bangun.  




p/s: semoga along, adik n mama cepat sembuh. amin.. anggaplah ini 1 dugaan dari DIA (ALLAH SWT)

Sunday 4 March 2012

dinner 4/3 - part 2

ASSALAMUALAIKUM 
Rasanya dah 2 ari x mengupdate blog.. rindu lak rasanya...
bila weekends aja malas nak buka laptop
itu pasal xmengupdate
semalam hari yang amat membosankan.. sepanjang hari layan movie aja
& bila malas mula kuasai diri, mula segan untuk masak
semalam EN RED request nak makan BURGER... 
xtaw la apa yang best sangat dengan BURGER ni...
so terpaksa menghajinkan diri untuk memenuhi permintaan EN RED nak makan BURGER
pasal dia dh 'WARNING' awal-awal lagi..
kalu sayangkan dia , tlg wat BURGER
(SO SAPA XSAYANG SUAMI KAN)
walau malas sekalipun terpaksa wat... (tp ma ikhlas ok)
dan inilah hasilnya....








jeng-jeng, jadilah BURGER SPECIAL....

Friday 2 March 2012


Jom Layan Sajak ni :-


Suamiku, pasti aku ingin melahirkan anak dari benih mu..

pasti aku ingin berkorban dan merasai sakitnya melahirkan..
Suamiku.. telah ku fikirkan nama-nama indah
Untuk Putera dan Puteri kita nanti..

Suamiku, kini sudah sekian lama,
yang ditunggu tidak menjengah tiba,
kita tenggelam bersama harapan,
melihat yang lain, sudah ada dipangkuan..

Suamiku yang tercinta
Disaat aku kesedihan, sudikah engkau menemaniku?
Meratapi kegagalan diri yang tidak boleh berfungsi seperti yang lain,
Sanggupkah engkau bersamaku atau pergi mencari yang lain?

Suamiku, aku memarahi diri, aku menyesali diriku..
Tetapi aku terlupa, ini kehedak yang Esa,
Kita tidak dapat menghalang, adakah kau akan meninggalkan ku
Dalam kesedihan ini?

Suamiku yang aku sayangi, kau mungkin boleh pergi
Mencari kebahagiaan diatas alasan diri ku ini
Kerana aku sedari siapa diriku
Bukanlah bidadari yang engkau harapkan..

Suamiku, aku ikhlas menyintai mu
Jika ini kehendak yang Esa dugaan datang bertamu
Aku redha dan pasrah apa yang tentu
masihkah engkau ingin bersamaku ?





--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday 1 March 2012

eGoNyA soRaNG lElAki


7 sebab lelaki ego??


Oh lelaki? Banyak betol persoalan dari perempuan kenapa lelaki ego? ego tinggi? Apa punca lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi nie? Semua lelaki ke ego? perempuan tak ego!

Semua orang tak kira lelaki atau perempuan dilahirkan mempunyai ego. Cuma yang membezakannya adalah samada ego seseorang itu tinggi atau rendah, banyak atau sikit. Tipu lah kalau kata seseorang itu tak ada ego langsung kan?? cuma semua depends kepada seseorang itu mengekspresikan ego masing-masing

Sebagai perempuan, kita selalu mencari punca dan sebab kenapa lelaki ni ego diorang sangat tinggi. Langsung tak nak mengalah. Asyik-asyik perempuan jer yang dok makan hati berulamkan jantung. Tapi lelaki? Nama nak mengalah memang jangan mimpilah. Eh ini bukan merujuk kepada semua lelaki ya, segelintir lelaki yang punyai sifat ego jer. YOU know which side you are guys! HAHAHA

6 pendapat aku tentang lelaki ego. Pendapat aku tau. Kalau ada yang terkena makan cili lah maknanya :)


1. Jatuh Maruah

Owh man! Ini mengikut pengalaman yang aku lalui. Lelaki nie ber ego tinggi sebab diorang takut maruah diorang jatuh. Rasa tercabar bila mereka mengalah dengan perempuan. Diorang rasakan yang lelaki tak boleh kalah dengan perempuan! Mana nak letak maruah kalau kalah dengan perempuan??. Contoh : Kalau gadoh, jangan harap lah dia nak pujok pasangan dia. 

2. Bajet Hot

Muka dah hensem, rupa paras boleh jual, jambu pulak tuh macam mana hati perempuan tak cair? Sekali pandang nak pandang banyak kali. Orang Hot la katakan mana-mana perempuan pon boleh dapat. Satu pergi ramai lagi yang menanti. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup. Fuhhhh

3. Kaya

Ha ini satu spesis lagi. Mentang mentang kau kaya, banyak duet, duet berkepok maka kepala kau pon besar lah sebesar duet kau? owh damn! Kau ada duet kau beli apa sahaja, mungkin dengan duet kau boleh beli hati orang jugak. Tak mustahil kan? Kau fikir kau banyak duet maka pengaruh kau besar, apa yang kau nak pasti kau akan dapat. 

4. Lelaki sebagai ketua

Lelaki dilahirkan sebagai ketua. Ketua keluarga dan pemimpin. Sifat ketua atau pemimpin itu menjadikan sesorang lelaki punyai ego yang tinggi. Dia berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah. Segala keputusan terletak ditangan dia samada betol atau tidak, adil atau sebaliknya dia lah yang bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. 

5. Sifat Kelakian



Lelaki dijadikan Allah SWT dengan sifat kelakian yang kasar dan keras untuk membimbing dan menjaga wanita. Mungkin kerana dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakian nya ke atas perempuan yang ternyata lemah. Cara pendekatan dia sebagai seorang lelaki mungkin salah untuk mendekati atau menegur seseorang wanita.


6. Tak terima pandangan orang lain

Ada jugak lelaki jenis begini. Serious aku pernah jumpa lelaki spesis macam nie. Apa yang dia kata semua orang kena ikot, apa dia nak semua orang kena bagi. Dialah pembuat keputusan, dialah sebagai petindak dan dia jugak sebagai kepala. Serba serbi dia sorang yang betol. Pandangan orang lain di anggap macam sampah. Tak selayak pendapat dia. Cis kek!


7. Nak Menang

Ha ini satu lagi spesis. Lelaki macam nie jenis tak boleh kalah dalam apa juga perkara. Dalam mind set dia nak menang! nak menang! tak boleh kalah! tak boleh kalah! Sebab tuh kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan or lelaki dan lelaki sekalipon kalau ada lelaki spesis macam nie memang terang jelas dan nyata sifat ego tak nak kalah dia kelihatan.