BEST FRIENDS FOREVER
BFF...????? Apa yang korang faham tentang BFF...???? Adakah Best Friend Forever.....???? Adakah friend la sgt...???? Forever la sgt..???? atau sebaliknya...????
Dulu aku, ada sorg kawan, yg aku kenali dia dr zaman aku kecik sampai dah besar panjang...tp semua ni hanyalah tinggal kenangan. Dari zaman tadika aku berkawan ngan dia... pastu sekolah rendah yg sama... sekelas yang sama, n menengah yg sama cuma berlainan kelas.. aku atas kit dr dia.. n waktu form 4 & 5 kembali semula dengan dia.. Selepas SPM, kerja part time bersama... n Lastly, masuk form 6 bersama, course yg sama n pergi sekolah bersama...
Makan sepinggan dan pernah jugak tidor sebantal.. Selepas STPM, Masih lagi bekerja part time bersama, pergi teview MAKTAB bersama konon2 nak jd cikgu.. tp xda rezeki. Paling menyedihkan bila dia dpt melanjutkan pelajaran ke MAKTAB, dia cuba menyembunyikan. Apakah itu dinamakan sahabat sejati...???
Aku dpt taw bila suatu hari dia jemput aku ngan family mkn nasi kat umah dia... itupun masih xnk bgtaw yg dia wat kenduri kesyukuran. Terasa hati ini, bila aku sampai dpn umah n org bertanya, samada aku dpt ke x masuk MAKTAB.. Baru aku taw.. rupanya sahabat aku tu dpt jd CIKGU...
Bila dia dh masuk belajar kat MAKTAB, hubungan kami mula jd renggang bila aku pulak meneruskan pengajian ku dalam engenering... Dan sewaktu cuti sem, sahabat ini phone n mintak aku dtg rumah dia kerana urusan penting. Bila aku sampai, rupanya , hari itu, adalah hari pertunangan dia bersama teman sekolahku jugak. Macam nak nangis aku rasa, bila aku di ketepikan... Adakah ini sahabat???
Selepas masing2 tamat pengajian, dia pun melangsungkan perkahwinan dia, tp aku xdtg.. psl aku masih lg terasa hati dengan sikap dia. n bila aku kawen pun dia xdatang. alasannya, husband xda cuti. xpa aku tima.. mybe ini balasan utk aku pasal xdtg wedding dia.
Now, masing2 dah bekerja di bumi KOLOMPO ni.. rumah masing2 xjauh mana pun tp aku rasa cukuplah untuk aku mengalah. aku pun ada ego gak. hehhehe... Sampai bila aku aja nak kena g umah dia n phone dia.. sedangkan, dia xpenah phone @ msg aku.. bila tanya alasan.. malas nak menaip. bole di terima akal ke??? Bila balik kg, family dia akan tanya, selalu g umah dia x?? terasa mcm nk jwp aja yg ank mereka tu dh xmcm dulu lg. sejak kawen, perangai dh berubah 100%.
Baru2 ni, adik kandung dia kawen, tp dia langsung xsms @ call utk jemput ke wedding tu. Aku pun xkisah sgt pun.. cuma terasa bila adik dia sendiri bertanya kenapa aku xdtg?????
Karang ni aku dah malas nak ada BFF lg... Lebih baik aku mcm ni aja.. suka ati nak berkwn ngn sapa2 pun. janji ati aku senang n xsakit. Cuma aku terpikir kenapa dia berubah ..??? Adakah di sebabkan dia cikgu..??? Adakah disebabkan oleh suaminya...????
Now, aku lebih senang berkwn n bercinta dengan MR RED, coz mana aja aku nak pergi dia akan teman, dia akan mendengar segala luahan hati aku.. n aku syg sgt2 kat dia.. LOVE U PAPA....!!!!
Aku luahkan disini selepas aku tgk cerita PELANGI KASIH di TV3 setiap selasa - khamis jam 10.30pm. walaupun suami kau bkn sahabat baik aku tp aku ngn dia ada bau2 bacang. hahhaha.... cmana SOFEA (NABILA HUDA) terasa hati bila di sisihkan.. itulah yang aku rasa kini.
p/s: jika kau masing menganggap aku sahabat, kau hubungi aku, aku sentiasa menunggu dan menerimamu... kaulah sahabat aku yg paling aku syg, rindu n segala2nya....
No comments:
Post a Comment