Saturday, 29 June 2013

kenangan 2012 (saat2 melahirkan rizqi) part 1

Dah lama rasanya hendak menulis tentang lahirnya RIZQI tapi xpernah berkesempatan..
Aku amik cuti seminggu awal sebelum due... kononnya nak rehatkan diri di kg sambil menikmati makanan2 tp baru 3 ari aku di kg, dh di paksa bersalin. Pg rabu aku g check up di kuala perlis. Mcm biasa tapi tiba2 doctor bgtaw yang baby dalam kandungan aku ni terlalu besar dan air ketuban terlampau byk.
Dan dia terus mintak aku ke hospital besar untuk jupa pakar dan buat pengesahan..
Time tu mr red dah balik kl.. so aku cuba phone dia balik kali untuk bgtaw yang aku akan masuk hospital...
Tapi yang bestnya aku sempat balik rumah makan laksa dengan nasi lauk kurma.....

Tapi lepas solat zuhur aku pun gerak ke hospital... lepas check up semuanya terus aku di beri uniform hospital..  huwaaa rupanya aku dah kena admid... yang sedihnya mr red xsampai balik lg.....
Malam tu aku berkampung di wad katil 201..... dan doctor pun mula beri keterangan yang aku akan di masukkan ubat untuk bersalin...

Bila mr red sampai dia terus pergi jupa doc dan beri kebenaran untuk aku dimasukkan ubat..
Keesokkanya jam 4.30pg aku di kejutkan oleh nurse2 kat situ untuk wat ctg....  dan pada pukul 5.30pg, doc pun mula masukkan ubat . Sakitnya hanya aku yang taw.  Dan sakit kena seluk xlega2 lg di tambah 
pulak dengan masukkan ubat..Kali pertama masuk masih belum terbuka... huwaa... 6jam selepas tu, masuk lg ubat utk kali kedua...dan malam tu memang aku xdapat tido langsung sebab menahan kesakitan efect dr ubat... sampai terjerit2 sorang diri. so sebab xtertahan rasanya, terus mintak suntikan tahan sakit n terus terlena..Jam 5pg nurse dtg kejut lg dan nak taw dah terbuka ke belum.? selepas check up rupanya dah terbuka 3cm dan baby masih tinggi.. so diorg decide nak masukkan sekali lg.. huwaa.. dah xtahan rasanya... masuk kali ke 3 ubat, baru terbuka 4cm.. dan diorg mintak masuk labour room.. terus col mr red ngn  my mum sebab nk mintak diorg tunggu.

Masuk labour room jam 2 ptg, pecah air ketuban...,boring, sakit, geram semua ada.. airmata peneman. Jam 8mlm baru buka 10cm  tapi kepala baby masih lg tinggi dan amat2 sukar untuk dikeluarkan walau dh mcm2 cara aku lakukan. Akhirnya aku request nak cazer... Jam 8.50pm, aku di tolak ke bilik bedah.. time tu dah xingat apa2 sebab sakit dah menguasai segalanya.. Selepas diberi suntikan terus aku jadi ngantuk, lali n xtaw apa2... 9.15pm, seorang hamba ALLAH SWT pun selamat dilahirkan... Time tu aku hanya dengar suara dia sayup2 aja.. sebab aku masih lg lali... dan aku hanya dpt tgk dr jauh aja.. Baby boy rupanya... Aku hanya sempat mencium dahi baby aja sebab selepas itu baby terus dihantar ke NICU sebab baby terlalu besar n takut terkena diabetis,, Dan selepas semua selesai baru aku di tolak ke ward. Time ni terasa lega yang amat n seronok xterkata sebab baby n aku dah selamat.. AMIN. cuma yang sedihnya baby xda kat sebelah aku...


Muhammad Ammar Rizqi b. Mohamad Saiful Ammar
15/12/2012
4.00kg

 

 

No comments:

Post a Comment