Wednesday 3 September 2014

kek minyak versi kukus

salam..

semalam mood terajin sikit, so terjadilah kek minyak kukus...
bahan2 dah lama terperap kat dapur cuma nak buat aja terlalu malas...
tp semalam mood datang tiba2...

terjadilah kek kukus minyak

BAHAN2NYA:


2 cawan tepung  gandum (aku pakai tepung naik sendiri blue key)
1sudu teh baking powder
5biji telur
1sudu teh ovalet
1/2 cawan gula
1cawan susu pekat (aku pakai 1/2 cawan aja, xsuka manis)
1cawan minyak (aku pakai minyak jagung)
sedikit vanila esen
pelbagai warna masakan.

1-Panaskan pengukus terlebih dahulu.
2- Ayak tepung+ baking powder (ketepikan)
3- dlm mangkuk lain pukul telur+gula+ovalet sampai betul-betul kembang.
4-kemudian masukkan susu dan minyak masak. pastu letak esen vanila sikit dalam setitik dua gitu. kacau sebati guna senduk.
5- kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

bahagi kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna. Kemudian tuang kedalam mangkuk atau loyang selapis demi selapis. Dah siap tu lorek la ikut suka hati kemudian baru kukus. Kukus dalam 1jam menggunakan api sederhana supaya kek tak merekah. Patikan alas dengan kain sebelum ditutup untuk elakkan air menitis atas kek iteww yang boleh menyebabkan kek jadi berlubang...

No comments:

Post a Comment